Sunday, January 8, 2012

A head Start

Bismillah~
Ya Allah, jadikanlah tahun 2012 sebagai tahun untuk aku memulakan semula perjuangan ku, dan juga tahun untuk aku menjadi insan yang lebih baik...

Amin~

Wednesday, January 26, 2011

Semangat Baru

Assalamualaikum....

Dalam kehidupan seorang manusia, ada masa jatuh, ada masa naik. Walau bagaimana pun, manusia pasti akan menempuh saat2 kegagalan dalam hidupnya walaupun sekali. Bak kata pensyarah, "Kamu ni kalau tak pernah gagal kamu bukan pelajar Medic."

Bukan lah saya nak mengatakan tidak mengapa kalau kita gagal, tetapi kegagalan itulah yang mengajar kita dan mendidik kita menjadi seorang manusia yang berjaya. Kita tidak akan menjadi kita yang sekarang kalau kita tidak membuat kesilapan pada masa dahulu. Kegagalan lah yang menjadikan kita dewasa dan matang...

Namun begitu, kita haruslah memastikan bahawa kegagalan itu tidak akan berulang kembali...

Salah satu kegagalan saya adalah meng'update' blog ini... huhu...
Dan kegagalan itu berpunca dari kegagalan-kegagalan yang lain seperti pengurusan masa, dan sebagainya...


Untuk kita bangun kembali setelah jatuh amatlah susah. Dengan luka-luka dan kesakitan yang kita alami, kita harus bangkit kembali. Setelah bangkit, kita perlu merawat luka-luka tersebut agar hilang lah rasa sakit dan kita bolehlah terus memberi sumbangan kepada dunia. Pada masa yang sama, luka itu memerlukan masa untuk sembuh.

Jadi, setelah disapu ubat, dijaga dan dirawat, luka itu semakin lama semakin pulih.

Dari apa yang saya belajar, jika kulit kita terluka, kulit yg sembuh kembali itu, tidak sama seperti kulit yang lama. Granulation tissue (parut) akan terbentuk.
Parut-parut ini lah yang akan mengingatkan kita agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama lagi~

Wah... banyak sungguh metafora yang ade dalam post kali ini kan? (^^,)
Tapi, walaupun pengetahuan ini sangat basic, namun sangat penting.
Yang asas itulah yang menjadi pengukuh.

Satu lagi metafora. hehe. (saya selalu buat analogikan?)
Simen adalah penting untuk membina sebuah rumah yang kukuh. kalau takde simen, rumah kita fragile dan mudah runtuh dengan hanya batu-bata. Tapi kita perlu ingat, kalau ada simen, tapi xde batu bata, x boleh nak buat rumah langsung.

Fikir-fikirkan lah~

Insya-Allah, kita akan menjadi manusia yang bertambah baik setiap hari... :)

Wallahua'alam.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."

Surah Al-Baqarah : Ayat 153


Saturday, October 16, 2010

AMIRAH IZZATI

Salam...

Sebenarnya, saya adalah orang yang tak reti bergaul. Jadi, saya tak banyak kawan. Tapi bila saya dah dapat atau baik dengan seseorang, susah saya nak lupa.

Sejak dari kecil, saya x lepas dari berpindah sekolah. waktu sekolah rendah sahaja, sudah 4 sekolah saya sertai. Belum masuk sekolah menengah. 3 sekolah. waktu tadika pon 2. huhu. banyakkan sekolah saya??? (^^,) Sebab tu susah saya nak cari kawan yang betul-betul rapat.

Sejak mengenali seseorang ini, (Amirah Izzati) susah saya nak lupa. Saya cuma mengenalinya 3 bulan sahaja. Saya kenali beliau ketika tingkatan 1 Melur di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor. Ketika mula-mula masuk di kelas, beliau duduk di belakang saya. Saya pun x berape nak ingat macam mane saya menjadi rapat dengan beliau tetapi beliau lah orang yang paling rapat dengan saya di sekolah itu.

Ketika mahu berpindah, teringat peristiwa saya dan samihah menangis. huhu. malu je. kat depan kelas plak tu. Susah sangat nak berpisah dengan kawan-kawan yang baru je kenal 3 bulan.
Salah seorangnya Amirah. Beliau juga merupakan antare pelajar terbaik dalam kelas... :)

Setelah itu, saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said. Tapi saya tak pernah berputus-putus berbalas e-mail dengan beliau. Waktu bace balik e-mail2 tu baru-baru ni, rase malu plak. sangat kebudak-budakkan. huhu. Dalam e-mail pon boleh merajuk. teruk betul.(>.<)

Salah satu e-mail yang dihantar.. :)

sakinah_7@yahoo.com wrote:

Waalaikumsalam & Assalamualaikum,
kite pun nak minta maaf sebab lambat hantar e-mail...insya-Allah, kite boleh buat pmr tu, tapi ba susah sgt. tahun ni format die susah.. awak setuju x? hari raye 2 tak meriah macam dulu la.. tak tau kenape... kite rindulah kat skolah al-mashoor... ting. 4 ni awak nak pindah skolah x? kite mintak sbp & mrsm. ujian mrsm susah.. tak tau boleh dpt x. he he. sorrylah sebsb kat raye tu kecik je.. tak de duit nak beli besar2.
oklah. smpai sini je e-mail kite. harap awak balas.
Wassalam

nor azam amirah wrote:
assalamualaikum,
Selamat arie raya aidilfitri maaf zahir n batin. thanks bebanyak sbb sudi anta kad raya kat saya. cory la dah lama x contact. maklumlah sibuk ngan pmr kan. saya rasa awak pun paham. bila dah 4 bulan,email saya pun dah x active.So camna pmr? saya sure awak ngan samihah bleh buat. raya arie 2 camna, meriah x? k lah sampai cni ja email kali nie. tlg krim salam kat samihah ek.
wassalam....


Waktu dah lepas PMR, dialah yang call semata-mata nak tau result. Takde orang lain yang call. Dia.. Amirah Izzati bt Nor Azam. Sangat terharu. Kad Raya pun dia bagi.

Lepas tingkatan 4 dah terputus dah perhubungan. tak tau sebab ape. Mungkin sebab sibok dengan hal masing-masing. Tapi waktu Asasi Sains dulu, pernah chat dalam ym. Banyak kami borak. Tapi seperti orang asing dan baru kenal. huhu. Sebab dah lame tak borak.

Saya pun tidak pasti macam mane kehidupan beliau sekarang, tetapi apa yang saya tahu, beliau tak pernah lepas dari ingat dari ingatan dan bakal menjadi seorang guru tak lama lagi.

Semoga saya akan berjumpa dengan beliau satu hari nanti...
Rindu betul bila teringat kisah-kisah lame...

Wassalam~

p/s: Mungkin lepas2 ni saya akan postkan pasal orang lain pulak. huhu

Friday, October 15, 2010

Pergi jauh-jauh!!!

Salam...

Tidak pernah diri rasa seperti ini...
Kenapa aku macam ni???

Ramai orang yang kata, "Kinah ni manja sangatla.."
Manja ke?
Mungkin betul lah apa yang orang lain cakap.

Sakinah tak reti buat keputusan sendiri.
Sakinah terlalu bergantung kepada orang lain.
Sakinah tak buat kerja dengan inisiatif sendiri.
Sakinah mengharapkan bantuan orang lain.
Sakinah pemalas.
Sakinah tak matang.
Sakinah tak pandai jaga diri.
Sakinah orang yang 'clumsy'.
Sakinah orang yang kelam-kabut.
Sakinah tak reti buat kerja.
Sakinah tak sedar diri.

Berapa lama masa yang diambil untuk SAKINAH sedar?
19 tahun.
Selama ini, memang saya selalu bergantung kepada orang lain, terutama kembar saya, Samihah.
Segala-galanya saya lakukan bersama dia. Dan selalunya apa-apa pun dia lah yang memulakan dahulu. Saya hanya mengikut.


Namun, setelah saya hidup bersendirian (kerana pelajaran) sebagai individu, dan bukannya kembar, saya bergantung kepada orang lain pula...
Akhirnya, orang itu terbeban.

Minta maaf dari pangkal hati.

Setelah dimarahi, diherdik, diejek dan tidak dilayan, akhirnya saya jatuh.
Saya bangun tetapi masih degil. tak faham-faham.

Setelah beberapa kali ditampar, dipukul, dilanggar (perumpamaan) dan buat perkara-perkara yang tak senonoh akhirnya baru menyesal dan sedar.

Aku harus bergantung kepada ALlah.
Bukannya manusia.
Yang mana dia juga ada perasaan.
Dia juga ada komitmen lain.
Dia ada pendirian.

Namun DIA sentiasa bersama kita...

[1]. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

“Artinya : Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya” [Qaff : 16]


[2]. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

“Artinya : Dan Kami lebih dekat kepadanya dari kamu” [Al-Waqi’ah : 85]




Terasa diri ini sangat-sangat teruk.
Seperti tidak layak untuk dihormati.
Sangat-sangat memerlukan kekuatan.
Doakan ye wahai orang-orang yang ku sayangi...

Perangai buruk, pergi jauh-jauh!!!

Monday, September 27, 2010

Peringatan~

Dalam kita bekerja, berdakwah dan mengejar ilmu, tentu ada sesuatu yang diperlukan untuk mendorong kita.

Mungkin saya boleh katakan bahawa majoriti rakyat Malaysia bekerja untuk mendapatkan wang dan menyara ibu bapa serta membiayai kehidupan mereka.

Bagi yang sedang belajar pula, mereka ingin mendapatkan ilmu untuk bekerja bagi mendapatkan wang.

Jadi, apa yang mendorong kita untuk berdakwah?

Apa manfaatnya pada kita nanti?

"Membazir masa je berdakwah ni. Bukan dapat apa2 manfaat kat diri sendiri pon."

"Alaaa, x payah dakwah2 ni. Orang lain kan ade untuk berdakwah."

"Saya x mampu la nak berdakwah. Saya x berani..."

Ini lah kata2 yang selalu kita dengar.

Jadi... Apa yang kita perlu buat skarang?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
BERTINDAK!

Carilah ilmu dan grab setiap peluang yang ada di depan mata untuk kita mendapatkan ilmu. Dan memahami dengan lebih mendalam tentang dakwah...

Bacalah buku
Jumpa lah orang yang 'alim
Buatlah perbincangan dengan orang2 yang sesuai...

Gunalah apa cara sekali pon.

Dan salah satu cara adalah membaca dan mengetahui sejarah.
Islam mencapai kegemilangan di zaman khulafa' ar-rasyidin dan meningkat sehingga zaman turki uthmaniyah.
Kemudian, Islam terus jatuh dan hilang kegemilangannya selepas pemerintahan kerajaan tersebut.

Naik, turun, naik, turun.
Sekarang kita berada di paras mana?

Jadi, mari mengenal sejarah islam melalui:


SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah




Betulkan niat kita...

Robbuna Yusahhil

Monday, September 20, 2010

Tempahan tiket online

Salam..
hebahan kepada semua


tempahan tiket masuk Sirah Muzikal 2010 [SiRAM '10] secara online telah dibuka.

sila lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar,kemudian pihak penganjur SiRAM '10 akan menghubungi anda untuk proses seterusnya.
atau

Sunday, September 19, 2010

SIRAH MUZIKAL 2010!!!!

assalamualaikum.. hebahan untuk semua




InsyaAllah satu program kesenian dari Persatuan Belia Islam Nasional yang akan menemui anda semua akan berlangsung tak lama lagi..

1 program yang menyediakan pementasan teater sejarah jatuh bangunnya tamadun islam diperhebatkan dengan persembahan bertenaga artis nasyid tanahair..
mempersembahkan..




SiRAH MUZIKAL 2010
Merentas Kegemilangan Ummah



untuk pendaftaran tiket online :
program yang membentangkan sebuah sejarah yang hebat.... dari permulaan kedatangan Islam di Mekah..perkembangan di Madinah..merentas arus..terus... kepada kejayaan dan kegemilangan Islam pada zaman kebangkitan kerajaan Islam Umayyah & Abbasiyyah.. sehinggalah kejatuhan satu persatu wilayah dan kerjaan Islam..dan detik2 terakhir kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924..


dan apa terjadi di akhirnya sehingga sekarang? apa tindakan kita untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam kita semua yang gemilang?adakah kita lupa kita ada tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan kegemilangan tersebut? apa tindakan yang perlu kita lakukan?apa yang telah kita usahakan?atau jadilah kita seperti singa yang kehilangan taringnya....

temui semuanya di SiRAH Muzikal 2010,Dewan Auditorium D8,Blok D8,Kompleks D,Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 1,Putrajaya [bersebelahan JAKIM & Kementerian Luar Bandar]..


Untuk keterangan lanjut dan tempahan sila hubungi :
Syauqi :013-3078097
Hamdan : 013-6286991
Rosezalina : 013-6784972